UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Jumaat, 30 September 2011

Sultan Ibrahim tersinggung

Sikap biadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengatakan negeri Johor adalah tidak selamat untuk pelabur

dan pelancong asing membuatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim rasa tersinggung.. ekoran tersebut kira-kira

200,000 ahli Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor mahu tindakan

undang-undang diambil terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memburuk-burukkan

Johor di luar negara.


Selain itu juga terdapat banyak pihak yang menuntut Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka kepada

seluruh rakyat Johor terutama Sultan Johor. Namun malangnya sikap bongkak dan sombong Ketua Menteri

Pulau Pinang ini terus kelihatan apabila beliau enggan berbuat demikian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Khamis, 29 September 2011

KENAIKAN HARGA RUMAH DI MALAYSIA ADALAH SUATU PAKATAN MENGHANCURKAN POLA PENDUDUK MELAYU DAN INDIA?

PI bertanya-tanya,apakah sebabnya kenaikan harga rumah yang mendadak ini berlaku. Apakah adanya suatu pakatan yang mahu membuatkan kaum melayu dan india kurang mampu,untuk tidak mampu memiliki rumah?

Atau? Apakah ini suatu pakatan dari pihak pemaju dan pakatan rakyat untuk membolehkan masyarakat/kaum yang paling mampu dan menguasai ekonomi dapat memiliki hartanah sebanyak-banyaknya di Malaysia? Apakah Pemaju Di Malaysia berpakat dengan Pakatan Rakyat untuk merosakkan kredibiliti Barisan Nasional? Tidak relevan jika kenaikan harga barang dipersalahkan? jika dilihat diluar kota selangor dan kuala lumpur,Harga rumah amat rendah.

Dimana perginya Keadilan Sosial? Barisan Nasional Perlu BANGKIT untuk memperjuangkan Soal ini!

PI pelik,Apakah Syarikat Pemaju Mengamalkan PERKAUMAN dalam pemilikan hartanah? Bukan Apa,rumah yang dibangunkan ditempat yang mana majoritinya ramai kaum India dan Melayu. Sudahlah Mahal. 300k-400k? pelik sungguh.

Barisan Nasional Dan Pakatan Rakyat.

PI nak buat perbezaan sedikit antara BN dan PR. kalau korang semua ada nak tambah,hah,tambah dekat komen yer.

Barisan Nasional
1) Perkongsian Kuasa melalui Parti komponen.
2) Mempunyai Bendera dan Lambangnya yang tersendiri.
3) Mempunyai etika dan adab berbahasa.
4) Melebihkan Isu Rakyat dari Nasional.
5) Tidak mencari Publisiti,sebaliknya menyelesaikan realiti RAKYAT.

Pakatan Rakyat
1) Perkongsian Kuasa yang kabur.
2) Tidak Mempunyai Bendera dan Lambang tanda kesepakatan.
3) Tidak mempunyai etika dan adab,kekadang berpolitik secara emosi.
4) Melebihkan Politik dari kesengsaraan Rakyat.
5) Mencari Publisiti Murahan,asyik mencipta isu,dan menutup isu dengan isu.

eh banyaklah kalau nak dikomen. Engkome tambah le yer.

Selasa, 20 September 2011

Tahniah Tok Jib dan 1MDB

Pusaka Ibunda ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri dan 1MDB kerana sudi menaja 111 pemimpin masyarakat terdiri daripada imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengerjakan haji pada tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, tajaan kepada 57 imam dan 54 pengerusi JKKK itu bertujuan menghargai jasa, peranan serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara.

Pusaka Ibunda juga terharu dengan ungkapan Datuk Seri Najib, ''Semasa di Padang Arafah nanti tolong doa untuk negara supaya Malaysia terus aman, makmur dan rakyat mendapat rahmat dari Allah SWT"
Takde pulak PM kita suruh bakal haji ini doa untuk kemenangan UMNO-BN dalam PRU akan datang..
Jadi puak-puak pembangkang jangan lah nak politikkan hal ini ye.. PM kita minta doakan untuk kesejahteraan negara dan RAKYAT Malaysia!!

I'm Back!!

Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali PI nk pohon maaf kerana telah lama tidak menulis dan menjenguk blog ini.. Ini bukan bermakna PI tidak mengambil tahu langsung tentang dunia politik. PI masih lagi mengikuti perkembangan terkini dari berita dan akhbar. PI rasa masih belum terlambat untuk PI ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan serta Selamat menyambut Hari Malaysia..