UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Rabu, 10 November 2010

Kisah 2 Ibrahim..

Dunia politik hari ini dikejutkan dengan keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari terus bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Rentetan dari keputusan itu Beliau telah membuat sidang akhbar dikediaman beliau bersama-sama seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Mustaffa Kamil Ayub. Datuk Zaid juga mengumumkan bahawa beliau meletakkan semua jawatan yang Beliau sandang ketika ini. Bagi Mustaffa Kamil Ayub pula mendesak serta menyerahkan Memorandum kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat supaya Pemilihan kali ini ditangguhkan sehingga semua calon yang bertanding kembali yakin dengan ketelusan dan keadilan dalam pemilihan ini.
      Menurut Bekas Ahli Parlimen PKR iaitu Zulkifli Noordin mengatakan Beliau diberitahu masih ramai lagi yg akan meninggalkan Parti itu kerana tidak tahan lagi dengan pembohongan demi pembohongan yang sering dimainkan oleh pihak-pihak tertentu didalam Parti. Datuk Seri Zahrain pula menyatakan ini adalah satu tindakan yang kurang bijak diambil oleh Datuk Zaid kerana masih lagi didalam PKR. Sepatutnya Beliau harus keluar sahaja dan menceritakan keburukan dan kepincangan PKR kepada umum agar rakyat tidak terus tertipu dengan 'little Nepolean' ini.

      Berbalik dengan sidang akhbar yang dibuat oleh Datuk Zaid juga mendesak agar Anwar dan Azmin segera meninggalkan Parti demi kebaikan. Kerana menurut Datuk Zaid Anwar dan Azmin lah merupakan perancang utama dalam segala konspirasi yang dilakukan oleh tangan-tangan ghaib didalam PKR. Menurut Datuk Zaid juga sudah sampai masanya mereka (PKR) mengakui bahawa Parti mereka kini lemah. Dan jangan asyik menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional sahaja andai setiap perancangan yang tidak menjadi atau kekalahan menimpa mereka. Anwar juga harus keluar dari Parti dan tumpukan sepenuh perhatian dalam masalah peribadi yang beliau hadapi ketika ini...
      Bagi Pusaka Ibunda seharusnya Datuk Zaid keluar sahaja dari Parti dan menceritakan segalanya kepada rakyat apa sahaja keburukan PKR ini. Pada pandangan Pusaka Ibunda juga mungkin Datuk Zaid masih ade perancangan dalam PKR. Bak kata P.Ramlee 'dah kene dah si penyamun jual si penyangak!!'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan