UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Isnin, 29 November 2010

Kongres PKR..

Pertamanya Pusaka Ibunda ingin mengucapkan syabas kepada PKR kerana telah selesai menganjurkan Kongres yang berakhir semalam.. Tetapi hati Pusaka Ibunda bagai disiat-siat bila terdengar Presiden Boneka PKR menyatakan ketuanan melayu harus dibakulsampahkan!! Tambah menyakitkan lagi apabila anak emas Anwar Timbalan Presiden PKR yang baru ini mengisytiharkan perang terhadap ketuanan melayu. Lebih cilakak lagi bila si anak emas ini menyatakan dia rela jika digelar pengkhianat bangsa hanya kerana ingin mengkuburkan ketuanan melayu ini. Pusaka Ibunda tertanya sendirian adakah mangkok dua ekor ni paham benar tentang konsep ketuanan melayu ni?? nak kata tak faham agak mustahil sebab mereka ni merupakan ahli politik yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti mereka. Adakah bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan lapan tahun yang sibuk dok canang merata tempat ni tak sempat nk ajar si isteri dan anak emas dia ni tentang ketuanan melayu?? tidakkah dia sedar bahawa dengan ketuanan melayu inilah ramai anak melayu sampai ke menara gading? kerana ketuanan melayu inilah ramai org melayu bekerja di sektor awam?? kerana ketuanan melayu ini juga lah yang kita lihat sekarang ni ramai anak-anak melayu menguasai GLC?? dan kerana ketuanan melayu jugalah sang suami dan sang isteri dikurniakan darjat kebesaran sehingga mendapat gelaran Datuk Seri oleh Raja-Raja Melayu??lupakah mereka??
Cuba kita renungkan andai konsep ketuanan melayu ini diketepikan? apa akan jadi dengan anak bangsa kita akan datang?? Mampukah mereka untuk bersaing dengan bangsa lain dalam merebut tempat ke menara gading?? bersyukurlah wahai insan kerana dengan kertuanan melayu ini lah lahirnya UITM!!
Ketuanan Melayu ini juga termasuklah Institusi Raja Melayu.. andai benar mereka yang buta hati ini nak hapuskan ketuanan melayu maka secara tidak langsung mereka menolak Institusi Raja! apa lagi orang melayu ada sekarang ini?? kuasa politik yang semakin hari makin meruncing dan benteng terakhir untuk orang melayu adalah Institusi Raja. kalau ini pun si melayu keparat ini nak hapuskan, jangan salahkan anak cucu kita nanti kalau mereka menerima nasib yang serupa seperti saudara kita yang berada di Singapura.
Jika inilah mentaliti Pemimpin-pemimpin PKR adakah mereka layak untuk diangkat untuk menjadi Perdana Menteri? adakah ini yang mereka katakan 'Allah telah menghantar Anwar untuk rakyat Malaysia'?? Para Nabi dan Rasul telah diutuskan Allah untuk memimpin umat manusia..tetapi jangan lupa syaitan dan iblis juga diturunkan oleh Allah untuk menyesatkan manusia..jadi Anwar dalam ketagori mana? Benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa melayu mudah lupa!! jadi untuk generasi sekarang ketahuilah bahawa Anwarlah contoh terbaik dari kata-kata tersebut.
Ingat dan sedarlah insan-insan dalam PKR bahawa sikap kamu semua akan tertulis dalam buku sejarah yang akan dibaca oleh anak cucu kita nanti. Disanalah mereka akan menilai betapa busuk dan kotornya permainan kamu! Sanggup menggadaikan maruah bangsa demi mengejar cita-cita untuk memegang tampuk kuasa.
Terbaru dalam sidang media bersama akhbar cina Anwar menegaskan bahawa beliau tetap akan melantik Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Jawatan Perdana Menteri akan disandang oleh beliau sendiri jika PR memenangi PRU akan datang. sedarlah kamu Anwar bahawa bangsa mereka ini memang menyimpan dendam dan hasrat untuk menakluki tanah tercinta ini.. Pusaka Ibunda percaya jika ini berlaku dalam masa sepenggal sahaja Anwar pasti digulingkan dan Timbalan PM ketika itu akan terus naik takhta menjadi PM. Jadi bagaimana Bangsa Melayu ketika itu? ibarat menumpang dibumi sendiri dan melukut di tepi gantang la jawabnya.. Adakah ini yang Anwar dan Azizah mahukan?? Adakah ini Azmin dan Nurul Izzah relakan? Ternyata Parti yang kamu banggakan ini tiada langsung agenda perjuangan yang murni. Agenda kamu adalah hanya untuk mengangkat Ketua Umum yang tidak sah dari segi perlembagaan parti kamu sendiri untuj menjadi PM. Jika Perlembagaan parti kamu sendiri kamu tidak hormati dan main langgar sahaja apalagi perlembagaan negara kita?
Pusaka Ibunda harap hentikanlah permainan ini demi anak bangsa kita yang tercinta. Sedarlah tiada siapa yang akan memikirkan pasal Melayu kecuali Melayu itu sendiri!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan