UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Khamis, 30 Disember 2010

Wira Negara.

Kalau dilihat pada pentas final Piala Suzuki 2010 ini yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno, kita dapat menilai betapa para pemain bola sepak Negara kita menunjukkan kematangan dari corak permainan yang sungguh ketara sekali. Sebagai contoh kita lihat Khairul Fahmi Che Mat yang pada mulanya tidak mendapat kepercayaan ketua jurulatih K.Rajagopal dan tersenarai sebagai Penjaga Gol ke2. Dan apabila diturunkan pada perlawanan kedua kita dapat melihat betapa tingginya semangat juang anak muda kelahiran Kota Bahru Kelantan ini.
 Seorang lagi boleh kita lihat perningkatannya adalah Perancang Utama iaitu Norshahrul Idlan Talaha.. Kelibat beliau sering mengucar-kacirkan tembok kubu lawan. Beliau juga banyak mencipta peluang-peluang gol. Kehebatan beliau menggelecek walau diatas garisan sering mendapat pujian dr penonton dan pengkritik sukan.
seterusnya Penggempur serta Pemusnah bagi Pasukan Kebangsaan iaitu Safee Sali. Beliau berjaya menjaringkan 3gol pada peringkat akhir dan 5gol pada keseluruhan sekali gus membolehkan beliau merangkul Penjaring Terbanyak Kejohanan dan membawa pulang gelaran kasut emas..
Selain dari mereka yang Pusaka Ibunda sebutkan tadi, masih ramai Pemain kita yang menunjukkan pengkatan yang ketara seperti Kunalan, Syafiq Rahim, asraruddin dan ramai lagi..sekali lagi ucapan Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Harimau Malaya kita..teruskan kemaraan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan