UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Selasa, 12 Oktober 2010

Sekalung tahniah serta alhamdulillah Pusaka Ibunda ucapkan kerana tertubuhnya Perkasa DUN Sri Serdang yang terletak dibawah Daerah Petaling. Perkasa DUN Sri Serdang ini diperkuatkan lagi dengan ketua penyelarasnya iaitu Tuan Zarwawai Suratman. Ketua Wira pula dimantapkan lagi oleh sdr. Hamsul Mat Isa yg juga merupakan Pengerusi Belia Daerah Petaling. Pusaka Ibunda berharap dengan tertubuhnya Perkasa di DUN berkenaan dapat menaikkan lagi semangat Kemelayuan penduduk disana. Terima Kasih juga diucapkan kepada penganjur dan empunya premis Pekida Niaga iaitu Ust Said Midon kerana berjaya mengumpulkan pejuang-pejuang melayu sekali gus membentuk jawatankuasa..
HIDUP MELAYU!!!

Khamis, 7 Oktober 2010

PKR = Party King Rebel PR = Parti Rosak

Assalamualaikum,
Bertemu kembali. Berita jam 2000Hrs memberitakan Hal Rohaimi Osman bekas pembantu khas Sivaji The Anu-war (Jawatan sama macam Saiful Bukhari dulu la),Ini kerana Dakwaannya mengenai akuan brsumpah palsu yang dipaksakan olehnya untuk menurunkan tandatangan.

  Dan semalam berlaku beberapa kekecohan yang berlaku. Di Klang kereta Gen-2 Berwarna Putih terbakar milik kakitangan yang berkerja di balai polis yang mana tempat rohaimi membuat laporan polis. Selepas itu di Restoran Lotus P.j beberapa orang india yang dipercayai pengikut fanatik Sivaji the ANU-war membuat kecoh untuk membatalkan sidang akhbar di sana. Persoalannya,jika benar Sivaji the ANU-war tak bersalah,kenapa perlu sampai membakar kenderaan awam? kenapa sampai menganggu ketenteraman awam.

  Inilah persoalan,dan jawapan yang dapat Pusaka Ibunda berikan adalah, Mereka ini sebenarnya pengamal budaya gangster. Lihat sahaja dengan segala ugutan,cabaran dan provokasi. Lebih-lebih lagi tuduhan-tuduhan untuk menutup aib mereka. Akhirkata mereka sebenarlah yang gangster. Jom Pakat Tinggalkan Pakatan Rakyat demi masa depan anak bangsa.

Di Liwat Atau Di Paksa?

  Sama sahaja,kalau di Liwat barangkali dipaksa untuk melakukannya. Apatah lagi di paksa. ini semua gara-gara nafsu sempit politik GILA KUASA. Apapun Pusaka Ibunda tetap menyokong Rahimi, walaupun ketentuan yang akan dilaluinya iaitu dicemuh seperti di bayar oleh pihak UMNO/BN Rm2 juta, atau dipaksa oleh orang2 tertentu,dan ayat paling berkesan dalam kamus hidup anwar (KONSPIRASI). Jelas KONSPIRASI itu adalah anwar sendiri. Dia lah Tuan Direktor dalam Ini FELEM. Sekali lagi mari kita tinggalkan parti PKR.

Rabu, 6 Oktober 2010

Ada Mangsa Liwat Terbaru Khabarnya?

Khabarnya ada mangsa liwat baru? Pusaka Ibunda akan membuat ulasan pedas sekiranya benar. Nantikanlah,dan kepada ahli PKR buatlah rumusan,dan sila tinggalkan parti anda.

Pilihanraya Kecil DUN Galas 4 November 2010.

Sebentar tadi pihak Suruhanjaya Pilihanraya telahpun mengumumkan bahawa tarikh Pilihanraya Kecil bagi DUN Galas akan diadakan pada 4 November 2010. Manakala tarikh Penamaan Calon pula pada 26 Oktober 2010.
Walaupun Pilihanraya Kecil ini bakal dijalankan pada hari bekerja, pada hemat pusaka ibunda ianya tidak mendatangkan sebarang masalah kerana jumlah pengundi didalam DUN Galas tidaklah terlalu ramai. Pusaka Ibunda difahamkan terdapat lebih kurang 1000 penambahan pengundi baru di kawasan tersebut..
Siapakah calon untuk kedua-dua belah parti kita semua belum pasti lagi. Tapi apa yang pasti ia akan menjadi pertembungan yang agak sengit.
Pusaka Ibunda mengucapkan selamat membuat pilihan yang tepat kepada penduduk Galas. Pilihlah pemimpin yang secara konsisten memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat..

Selasa, 5 Oktober 2010

Alhamdulillah,Yang sebenarnya tersungkur adalah AZMIN KUNYET.

  Beberapa Hari nan lalu kita dikejutkan dengan berita arus media perdana yang menunjukkan kebiadapan sebenar Pemimpin parti Gangster Jalanan yang menggunakan ayatkata Tersungkur. Yang mana dia juga adalah pemimpin yang mengecam pertubuhan Peribumi Perkasa Negara dengan mengatakan Tun Dr Mahathir berselindung disebaliknya, tindakannya ini adalah amat terdesak kerana setelah satu demi satu dewan mesyuarat cabang negeri parti gangsternya itu dicemari dengan isu pergadohan yang membawa kepada ketidakpuasan hati kaum.

  Dengan cara mengecam perkasa,Pusaka Ibunda berpendapat ianya mahukan populariti politik demi meneruskan hawa nafsu serakah binatang liar yang tidak mengenal mangsa dengan memainkan isu perkauman. Pada Hemat Pusaka ibunda,Parti Gangster inilah yang sering kali memainkan isu perkauman bagi meraih sokongan undi untuk menang pilihanraya.

  Baru-baru ini kita ada terdengar ada peguam yang terlibat dengan pembunuhan kejam di banting adalah ahli parti DAP seumur hidup. Sebenarnya bukanlah satu gangster yang ada didalam Pakatan Rakyat. Mungkin berpuluh ribuan lagi ahli pakatan adalah daripada gangster2 tegar. Jom kita tinggalkan pakatan Rakyat demi kesejahteraan kaum.

  Tersungkurnya Azmin adalah kerana Azmin adalah seorang yang terDESAK.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Selamat Bersara Mr.Samy

Setelah berjaya mengekalkan kerusi Presiden Parti MIC selama 11 penggal tanpa bertanding walaupun ada ahli partinya yang mendesak supaya beliau melepaskan jawatannya dgn segera, sehingga ada pihak yang bertindak membuat Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) beliau tetap dengan pendiriannya untuk terus menjadi orang no1 dalam partinya.. Walau apapun kita tidak boleh menidakkan bahawa Mr.Samy kita ni banyak menyumbang jasa pada negara kita ni sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri mahupun Ahli Parlimen. Semalam Mr.Samy mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden Parti pada Januari 2011. Mungkin ada yang meratapi persaraan ini dan mungkin juga ada yang bergembira dgn perkhabaran ini?? Pusaka Ibunda menghormati keputusan yang dibuat oleh Mr.Samy. Setidak-tidaknya dapat memberi ruang kepada pengganti beliau membuat pengstrukturan semula dan memperkemaskan parti untuk menghadapi PRU13 nanti. Kepada Mr.Samy Pusaka Ibunda mengucapkan selamat bersara dan terima kasih diatas jasa dan keringat yg anda curahkan untuk negara Malaysia terinta ini..