Sebentar tadi pihak Suruhanjaya Pilihanraya telahpun mengumumkan bahawa tarikh Pilihanraya Kecil bagi DUN Galas akan diadakan pada 4 November 2010. Manakala tarikh Penamaan Calon pula pada 26 Oktober 2010.
Walaupun Pilihanraya Kecil ini bakal dijalankan pada hari bekerja, pada hemat pusaka ibunda ianya tidak mendatangkan sebarang masalah kerana jumlah pengundi didalam DUN Galas tidaklah terlalu ramai. Pusaka Ibunda difahamkan terdapat lebih kurang 1000 penambahan pengundi baru di kawasan tersebut..
Siapakah calon untuk kedua-dua belah parti kita semua belum pasti lagi. Tapi apa yang pasti ia akan menjadi pertembungan yang agak sengit.
Pusaka Ibunda mengucapkan selamat membuat pilihan yang tepat kepada penduduk Galas. Pilihlah pemimpin yang secara konsisten memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan