UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Sabtu, 16 Oktober 2010

Perjuanganmu masih belum selesai..

Pusaka Ibunda kira semua telah mengetahui bahawa Presiden Pribumi Perkasa iaitu Datuk Ibrahim Ali telahpun dirawat di Hospital Ampang Putri kerana masalah jantung. Pusaka Ibunda juga difahamkan Datuk Ibrahim Ali akan dibedah pada hari isnin ini.
 Datuk Ibrahim Ali juga menerima kunjungan daripada Mantan Perdana Menteri Ayahanda kesayangan kita iaitu Tun Dr. Mahatir Mohamad. Pusaka Ibunda juga difahamkan rombongan daripada Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin juga melawat Datuk Ibrahim Ali. Yang menariknya Khairy dan Tun melawat pada waktu yang sama. Ini adalah hasil kerja Ketua Wira Perkasa Sdr. Armand. Tahniah Sdr Armand kerana ini adalah permulaan penyatuan pemimpin pemimpin melayu..
Pusaka Ibunda juga diberitakan pada hari esok 17 Oktober 2010 Jam 6.30 petang Pribumi Perkasa akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bertempat di Hotel DePalma Ampang Kuala Lumpur.
Secara peribadi Pusaka Ibunda berdoa agar Datuk Ibrahim Ali cepat sembuh kerana perjuanganmu belum lagi selesai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan