UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Jumaat, 15 Oktober 2010

Perjuangan Mengangkat Individu Atau Perjuangan Parti?

Kekangan dari dalam UMNO yang menyebabkan berpuak-puak adalah kesan daripada perjuangan yang mengangkat individu. Tindakan ini sebenarnya lari daripada paksi utama perjuangan parti.

Ahli UMNO seharusnya memperjuangkan parti dahulu, bekerja untuk rakyat dengan penuh keikhlasan.
Seharusnya amalan politik berpuak-puak adalah amat merugikan bagi parti. Bangkitlah wahai anak bangsa ku. Sememangnya perjuangan didalam parti politik tidak ada yang menguntungkan. Tetapi kita perlu sedar demi anak-anak bangsa merdeka. Kita perlu perjuangankan UMNO sehingga titisan darah terakhir demi Agama Bangsa Dan Tanahair yang tercinta. Rapatkan semula perpaduan antara kaum,kerana kita perlu sedar,tanpa kaum lain negeri dan negara kita tidak akan dapat mencapai segala mercu tanda yang menjadikan MALAYSIA di mata dunia.

Kesan akibat perjuangan Mengangkat Individu sememangnya amat merugikan,kerana ianya menimbulkan perpecahan atas orang MELAYU. Kita ambil contoh seperti perjuangan yang kononnya memperjuangkan orang melayu dan memperjuangkan keadilan seorang PELIWAT. Akhirnya parti tersebut menanamkan sifat-sifat liberalisasi atau dalam nada yang berlainan seumpama Sekularisma.

Wahai Orang MELAYU yang tercinta. Kita adalah dari Anugerah Allah,Kembali lah kepada jalanNya.
Sematkan didalam hati kita,Perjuangan UMNO adalah Untuk Orang Melayu,Rakyat Malaysia dan Negara MALAYSIA. Perjuangan UMNO kita letakkan Nombor 1 didalam hati. ketepikan keFanatikan kita mengangkat Individu demi kepentingan diri sendiri. Perjuangan UMNO adalah Perjuangan Untuk Anak Bangsa,ANAK BANGSA,ANAK BANGSA MERDEKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan