UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Rabu, 13 Oktober 2010

Gelaran Datuk Presiden Pribumi Perkasa ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V

Pusaka Ibunda mendapat perkhabaran bahawa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara Datuk Paduka Ibrahim Ali ditarik balik oleh Sultan Muhammad Ke-V. Berita tersebut juga sudah Pusaka Ibunda sahihkan. Sejak dari tadi lagi talipon bimbit Pusaka Ibunda tidak berhenti menerima pesanan ringkas. Ada juga yang perli, maklumlah mereka golongan yang kurang senang dengan kewujudan perkasa yang dilihat lebih kehadapan dalam menegak dan mempertahankan maruah dan hak bumiputera. Pusaka Ibunda bukanlah mahu mempertikai ataupun menegakkan benang yang basah. Gelaran tersebut adalah hak mutlak Sultan. Dan apa juga tindakan Sultan Pusaka Ibunda tetap menyokong penuh. Untuk pengetahuan umum Presiden Perkasa masih mempunyai gelaran yang pernah diterima daripada Sultan Selangor dan Melaka.

Pusaka Ibunda tetap menyokong apa juga tindakan DYMM Tuanku Sultan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan