UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA
SOKONG UTUSAN MALAYSIA

Jumaat, 1 Oktober 2010

Selamat Bersara Mr.Samy

Setelah berjaya mengekalkan kerusi Presiden Parti MIC selama 11 penggal tanpa bertanding walaupun ada ahli partinya yang mendesak supaya beliau melepaskan jawatannya dgn segera, sehingga ada pihak yang bertindak membuat Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) beliau tetap dengan pendiriannya untuk terus menjadi orang no1 dalam partinya.. Walau apapun kita tidak boleh menidakkan bahawa Mr.Samy kita ni banyak menyumbang jasa pada negara kita ni sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri mahupun Ahli Parlimen. Semalam Mr.Samy mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden Parti pada Januari 2011. Mungkin ada yang meratapi persaraan ini dan mungkin juga ada yang bergembira dgn perkhabaran ini?? Pusaka Ibunda menghormati keputusan yang dibuat oleh Mr.Samy. Setidak-tidaknya dapat memberi ruang kepada pengganti beliau membuat pengstrukturan semula dan memperkemaskan parti untuk menghadapi PRU13 nanti. Kepada Mr.Samy Pusaka Ibunda mengucapkan selamat bersara dan terima kasih diatas jasa dan keringat yg anda curahkan untuk negara Malaysia terinta ini..

1 ulasan:

  1. Dengan harapan orang india akan kembali menyokong Mic.

    BalasPadam